Followers

Thursday, November 17, 2011

Istanbul 2011

Salam..
Alhamdulillah dah kembali dari Istanbul:)

saya copy paste dari link lepas tentang Istanbul:)
http://butik-hs.blogspot.com/2011/01/info-di-istanbul-turki.html

Salam..:)
Ada beberapa permintaan yang minta info tentang Istanbul..
mungkin ada yang tak lengkap tapi harapnya dapat membantu serba sedikit ye.


Istanbul (Turkish: ─░stanbul), historically known as Byzantium and Constantinople[6] (see Names of Istanbul for further information) is the largest city in Turkey and 5th largest city proper in the world with a population of 12.8 million, also making it the second largest metropolitan area in Europe by population, and the largest metropolitan city proper.[7] Istanbul is also a megacity, as well as the cultural, economic, and financial centre of Turkey. The city covers 39 districts of the Istanbul province.[8] It is located on the Bosphorus Strait and encompasses the natural harbour known as the Golden Horn, in the northwest of the country. It extends both on the European (Thrace) and on the Asian (Anatolia) sides of the Bosphorus, and is thereby the only metropolis in the world that is situated on two continents. Istanbul is a designated alpha world city.

sumber: Wikipedia


Istanbul adalah tempat di mana Asia dan Eropah bertemu dan dahulunya sebagai ibu kota empayar Turki Uthmaniah sebelum dipindahkan ke Ankara oleh Mustafa Kamal Attartuk.

Matawang Turki ialah Turkish Lira (TL).
2.4 TL lebih kurang 1 Euro



Masjid Sultan Ahmed atau Sultanahmet, atau Blue Mosque
Kalau musim winter ni memang lengang, angin dari laut Marmara yang tak tahan- sampai ke tulang tu.. Waktu musim-musim lain, tempat ni memang penuh sampai tak ada tempat nak duduk lepak-lepak kat sini.

Blue Mosque adalah satu2nya masjid di Istanbul yang ada 6 menara.


Pemandangan dalam Masjid. ada ruangan untuk solat juga. Sungguh tenang dan menakjubkan. Pastikan pakaian menutup aurat untuk masuk dalam masjid atau ada jubah dan selendang disediakan untuk pelancong.
Ambil wudu' sangat2 mencabar waktu sejuk:) menggigil ye. Apatah lagi tempat wudu' di bahagian luar:)


Hagia Sophia atau Aya Sofia

Pernah menjadi gereja yang terbesar dan termasyhur selama 1000 tahun sebelum berjaya di tawan dan ditukarkan menjadi masjid. Diubah menjadi muzium oleh Kamal Attartuk.

Hagia Sophia merupakan satu bangunan muzium di kota Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.

Sumber: Wikipedia

Dari dalam Hagia Sophia.. Ada kawasan yang memang dah dibuka tiles untuk tunjukkan keadaan gereja dan lukisan2.. Yang lain jelas tunjukkan masjid.

Bayaran masuk Hagia Sophia- 20TL


Topkapi Palace (sumber gambar: google)

Bayaran masuk Topkapi Palace- 20 TL

Asalnya ialah istana kediaman dan pusat pentadbiran Sultan2 Empayar Turki Uthmaniah. Terdapat banyak bangunan kecil dalam Topkapi Palace yang dijadikan tempat pameran khazanah Uthmaniah. Mewah betul sultan2 ni. tempat duduk emas, cawan emas, batu2 permata, pedang bersalutkan batu permata etc etc.

Paling syahdu waktu masuk ke ruang pameran yang menempatkan jubah, janggut dan pedang Rasulullah. Syahdu nya bertambah bila dihujung ruang tu baru nampak dendangan ayat suci Quran yang berkumandang rupanya live. Tak dibenarkan sebarang photo dalam ruang ni.



Jus delima yang sangatt fresh. Rasanya masam2
** Harga bergantung pada kedai. dalam 2-5TL

Turkish kebab.. Sedap. Harga dari 2.5TL hingga ke 12 TL




Fillet ikan di makan dengan roti. Waktu sejuk memang cepat lapar:)
Harga 4TL= RM8+
*** UPDATE Nov 2011 - dah jadi 5TL

Bot ni la tempat masak ikan tadi:) Angin tengah kuat.. menakutkan tengok bot ni bergoyang ke kiri kanan macam nak terbalik. tapi orang kat dalam tu rilekk je


Baklava yang manis.
Beli ikut timbang- 
Manisss sampai air gula pun keluar. Tahan dalam 10 hari.

Turkish Delight lagi sedap kalau beli yang timbang juga. Rasa lebih fresh, kurang manis dan banyak kacang2- pistachio. Apple tea mmg glamer kat sini. pun di cadangkan beli yang timbang. Biasanya beli kat Spice market harga berpatutan


memang murah waktu musim winter ni:)
Jaket coat kashmir memang berbaloi-baloi nak beli
tapi kena pandai tawar kaw-kaw :)


The Grand Bazaar (Kapalicarsi in Turkish) is one of the the largest covered markets in the world with its 4400 shops, 3000 firms, some 17 hans (separate inns for specific type of products), 64 streets,25.000 employees, 4 fountains, 2 mosques and 22 gates. It's a real heaven for shoppers and a good opportunity for people to discover the Turkish hospitality.


Nak shopping lampu crystal? memang rambang mata di buatnya.. dari yang kecil sampai la ke size besar. carpet pun banyak jual. Jangan terus beli.. tawar dulu dan kalau boleh masuk beberapa kedai lain baru buat pilihan . Biasanya kedai2 ni ada offer minum air teh sekali (sambil buat rasa bersalah kalau tak beli..hihi) Waktu summer biasanya harga lagi mahal


Nak naik cruise? boleh pilih untuk 2-3jam atau separuh hari.. dalam 25TL
boleh tengok tempat pertemuan 2 laut- Marmara Sea dan Black Sea dan lalu jambatan yang mengubungkan Eropah dan Asia:)

Duit TL-
- boleh pilih duit Euro, USD, AUD, Yen, Riyal untuk tukar dengan Turkish Lira(TL).
Jangan bawa duit RM sudah:)

- Kalau terpaksa tukar duit kat airport.. jangan tukar banyak-banyak kena bayar komisyen. tukar yang secukupnya dulu

- Nanti jalan2 kat city boleh cari money changer. ada banyak tapi kena pandai pilih yang murah dan tanya dulu ada komisyen tak.

- Nak tukar kat Money changer kat Grand Bazaar pun ok:)


Spice Bazaar
- berbaloi pergi untuk beli Turkish Delight dan kekacang. boleh rasa2 sambil minum tea

- biasanya orang kedai akan terus Vacuum pack kan brg kita. senang nak bawa balik dan tahan lama:)


Info lain
Harga memang tinggi esp untuk pelancong .. kena pandai tawar kaw- kaw atau pandai ckp Arab sikit2 ke. Tapi ada juga yang tahu ckp Melayu:)

Banyak con-man. senang nak kena tipu.. HATI-HATI. Sebelum bayar pegang duit dan pastikan note tu betul. Kalau masuk kedai makan pun pastikan menu tu ada harga, kalau tak habis la kena ketuk (suka hati dia nak letak harga berapa).

Kalau naik teksi pun pastikan tahu anggaran harga berapa untuk ke destinasi. dan pastikan dia guna meter.

Makanan adalah HALAL di sana :) Tak susah sangat macam gi Europe.

Info lain-boleh email saya di butik.hs@gmail.com
dan ada juga di FB gambar2 lain di Istanbul

:)

5 comments:

NorAzlida said...

thnx 4 d info. Will b going there next month. ;D

Hana said...

welcome:)
wow.. bestt. tp next month lagi sejuk. skrg dalam 8-11celcius. kalau jalan2 tepi laut atau naik cruise mmg sejuk:)

happy holiday:)

ishamizu said...

Bestnya hana! Tq for sharing the info manalah tau kot2 nak gi sana ke kan.. Hihi nway bila nk dtg london? Klu dtg helo2 tau..jmpt dtg rumah k ;)

Hana said...

InsyaAllah Izu.mmg teringin juga nak ke London. mana la tahu nnt pergi, best juga dpt pergi rumah Izu kan:))
Istanbul best:)) Izu lagi senang nak travel dah mmg kat sana:)

pu3natul.com said...

Thanks for this info!
Just what I need!